Wednesday, October 10, 2012

Teknik Pukulan Rejam Dalam Bola Tampar

  

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggang lawan. Cara ini juga dianggap satu cara menyerang pihak lawan. Kemahiran merejam memerlukan kamu melonjak melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, kamu hendaklah membengkokkan badan dan memukul bola.

                         

Teknik Pukulan Mengumpan Dalam Bola Tampar

    

Dalam permainan, biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Kamu hanya melakukan pukulan umpanan apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi kamu menyerap dan mengekalkan kelakuan bola.

                     

Teknik Pukulan Menyangga Dalam Bola Tampar

 
 Kamu perlu mempelajari pukulan menyangga dengan betul kerana pukulan ini banyak digunakan dalam permainan. Pukulan ini digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya kamu dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga ke siku. Kamu juga mesti membengkokkan lutut untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

Teknik Pukulan Servis Dalam Bola Tampar

                  Servis Bawah Bahu
 Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan kamu dari membuat faul servis. Semasa membuat pukulan servis bawah bahu, bola hendaklah dilepaskan sebelum tangan kanan memukulnya.
 
 
               Servis Atas Bahu                
Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola dan juga mendapatkan servis semula. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.