Monday, December 3, 2012

 
Sejarah Dan Perkembangan
       
 
 
      Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Permainan ini dipelopori oleh William G.Morgan pada tahun 1895 di Holyoke. Massachusetts apabila beliau mendapati corak permainan bola keranjang terlalu lasak bagi peringkat umur pertengahan. Oleh itu, perlulah diwujudkan satu permainan yang tidak lasak tetapi mirip bola keranjang.
      William G.Morgan menamai permainan bentuk baru ini sebagai 'Mintonette'. Oleh sebab bola yang dimainkan itu boleh melambung, nama permainan ini ditukar kepada 'volleyball' atau bola tampar. Pertukaran nama permainan ini menyebabkannya semakin popular.
      Pada tahun 1900, permainan bola tampar mula diperkenalkan di Kanada. Kemudian permainan ini telah diperkenalkan di seluruh dunia misalnua negera Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico pada tahun 1909, Filipina pada tahun 1910, Uruguay pula memperkenalkan permainan ini pada tahun 1912, diikuti oleh negara China pada tahun 1913 dan Jepun pada tahun 1917.
      Pada tahun 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris. Kejohanan bola tampar sedunia diadakan pertama kali pada tahun 1949. Pada tahun 1964, bola tampar diterima sebagai satu acara yang dipertandigkan dalam Sukan Olimpik.
      Pertubuhan Pemuda Kristian (YMCA) berperanan memperkenalkan permainan bola tampar di Malaysia, Pada tahun 1927, Liga Bola Tampar mula diperkenalkan di Kuala Lumpur. Guru-guru Cina yang berpendidikan dari negara China juga memperkenalkan permainan ini di sekolah-sekolah Cina. Langkah yang sedemikian menyebabkan permainan ini lebih popular di kalangan masyarakat Cina. Memandangkan permainan ini semakin popular, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk menyusun aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan.
     
 
Kawasan Gelanggang Permainan
 
 
      Kawasan permainan bola tampar berukuran 18m panjang dan 9m lebar. gelanggang ini dibahagi kepada dua bahagian oleh garisan tengah. Jaring dipasang betul-betul di atas garisan tengah. Dalam pertandingan peringkat senior, ketinggian jaring ialah 2.43m(lelaki) dan 2.24m(wanita). Untuk peringkat sekolah, ketinggian jaring diubah suai, contohnya, pertandingan untuk pemain 15 tahun ke bawah, ketinggian jaring hanya 2m.
 
Skor
 
      Pada peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula pertandingan biasanya dijalankan dalam 3 set. Pasukan yang paling banyak memenangi set diisytiharkan sebagai pemenang.
      Setiap kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang diperolehi. Pasukan yang mendapat 25 mata dahulu akan memenangi set. Jika skor mata kedua-dua pasukan terikat dengan 24-24 permainan akan diteruskan (duce) sehingga satu pasukan mendapat dua mata terturut-turut. Pertukaran tempat akan dilakukan selepas tamat sahaja satu set.
 
 
Kedudukan Pemain

 
 
Melakukan Servis




Peraturan Tiga Sentuhan



Teknik Menghalang
 
 
 
      Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghalang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kamu mesti mempelajarinhya. Kemahiran ini amat mustahak jika kamu ingin menjadi pemain bola tampar yang baik. Halangan dilakukan ketika menahan bola yang direjam. Gerakannya dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan mereka.
 
 
Kemahiran Berpasukan
 
       Kerjasama dalam pasukan amat diperlukan dalam permainan bola tampar. Ini jelas dilihat ketika pasukan bermain atau membuat reli. Semangat kerjasama bergantung kepada setiap pemain dalam pasukan. Kerjasama ini diperoleh melalui latihan-latihan kemahiran yang berterusan.
      Setiap pemain mesti mahir menyangga, mengumpan, ,merejam, menghalang dan melakukan servis. Kemahiran-kemahiran ini amat mustahak kerana pemain akan bertukar posisi setiap kali memperoleh pukulan servis.
                                                    
 

 






Wednesday, October 10, 2012

Teknik Pukulan Rejam Dalam Bola Tampar

  

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggang lawan. Cara ini juga dianggap satu cara menyerang pihak lawan. Kemahiran merejam memerlukan kamu melonjak melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, kamu hendaklah membengkokkan badan dan memukul bola.

                         

Teknik Pukulan Mengumpan Dalam Bola Tampar

    

Dalam permainan, biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Kamu hanya melakukan pukulan umpanan apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi kamu menyerap dan mengekalkan kelakuan bola.

                     

Teknik Pukulan Menyangga Dalam Bola Tampar

 
 Kamu perlu mempelajari pukulan menyangga dengan betul kerana pukulan ini banyak digunakan dalam permainan. Pukulan ini digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya kamu dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga ke siku. Kamu juga mesti membengkokkan lutut untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

Teknik Pukulan Servis Dalam Bola Tampar

                  Servis Bawah Bahu
 Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan kamu dari membuat faul servis. Semasa membuat pukulan servis bawah bahu, bola hendaklah dilepaskan sebelum tangan kanan memukulnya.
 
 
               Servis Atas Bahu                
Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola dan juga mendapatkan servis semula. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.